Saturday, December 13, 2008

...usaha itu perlu untuk berjaya....

sedari awal, semenjak kecil saya sering kali di momokkan dengan kata-kata "usaha itu tangga kejayaan...sama ada dari mama abah mahupun persekitaran saya (di sekolah, rakan-rakan, guru-guru, mahupun jiran tetangga)...saya selalu marah ketika itu,kalau sering di ingatkan "usaha dulu baru kata tak boleh" waktu itu, apa yang saya mampu lakukan hanya menjeling marah ke arah mereka yang ucapkannya kepada saya :-)

tetapi, itu semua kenangan pada saya...
yang mana pada ketika ini saya akur pada kata-kata itu...usaha itu tangga kejayaan..
seperti mana diri saya berada ketika ini...apa yang telah saya capai ketika ini..semuanya bermula dari satu usaha, kegagalan yang pernah melanda, sahabat-sahabat yang menerima saya seadanya dan yang paling saya akan terhutang budi sampai ke akhir hayat saya buat mama dan abah... ^_^ (tiba-tiba sebak~)

erm..anak yang degil ini...anak yang sering kali tak dengar cakap... seringkali protes..
erm..ada2 saja sikap saya...
yang pasti akan buat mama pening...
itu belum lagi kisah saya yang sering kali bergaduh dengan along...(aaahhh~)

tapi itu semua dulu...
dulu..
ketika saya tak tahu apa itu erti tolak ansur..
egokan saya...

kini..
apabila umur saya juga makin banyak...
berada dalam dunia kerjaya
lebih ragam yang saya jumpa...
antara orang,manusia dan insan juga ada...
:-) saya semakin rasional...
sudah mampu mengawal perasaan amarah...

syukur pada mu Ya Rabbi...

1 comment:

UzaiR Rusli said...

berjaya, berjaya, berjaya....
kenapa semua orang nak berjaya? untuk apa kita berjaya?
apa kita dapat kalau berjaya?
nak puaskan hati semua orang?
nak puaskan hati sendiri?
nak bermegah?
untuk apa semua itu?
persetan kan semua cita-cita. senang tak hidup kalau begitu?tiada apa mahu dikejar.
persetankan segala kemahuan, senang tak begitu? tiada apa yang tidak dipenuhi lagi.

jadi untuk apa kita berjaya jika kita boleh bahagia tanpa berjaya.