Tuesday, April 27, 2010

Rumah Kecil

Rumah kecil
Hujung Padang
Sepi, sunyi rasa

Rumah Kecil
Atap Nipah
Penuh rasa juga ketawa

Rumah Kecil
Terang Cahaya
Nostalgia terbina tidak terkata

Rumah Kecil
Tangga Batu
Kukuh, kuat juga jitu

Sunday, April 25, 2010

Katakan dalam hati

Katakan dlm hati
Kamu bisa begini-begini sahaja

Katakan dlm hati
Kamu bisa senyum-senyum sahaja

Katakan dlm hati
Kamu insan biasa-biasa sahaja

Katakan dlm hati
Sunyi itu indah sekali

Katakan dalam hati
Ada sesetengah perkara hanya perlu simpan erat2 dlm hati

Tuesday, April 13, 2010

emo:emosi:emosional

sangat emo saya sekarang
lantaran emosi saya diganggu gugat
seluruh hari saya penuh dgn tindakan berpaksikan emosi semata
sungguh emosional saya

cepatlah berlalu
hari-hari emosi ini
saya sudah tidak mahu jadi begini
pegang itu tak kena
pegang ini tak kena
alih2 semua kerja terbengkalai sahaja

Friday, April 9, 2010

dan saya: yg terMARAH

lunch tadi
tidak kemana-mana
punya urusan kerja
lantas memerap saja di pejabat

satu panggilan terus disambungkan ke bilik saya
perbualanpun bermula

saya: ye, pejabat s.u perhubungan-
(tanpa sempat sy memberikan salam seperti biasa, ayat saya terus dipotong)

pemanggil: KITA ORANG nak tanya, permohonan kita org tu dapat tak?? (baca dlm tone yg sesuai)

saya:errr.... maaf bertanya, siapa ni?

pemanggil: ala, kami ni kak student kolej..... yg nak buat pgrm anak angkat kat pasir salak tu

dan saya; darah terus menyerbu ke kepala~~ aishh

saya: adik, tak pandai nk bg salam ke? tak tahu bersopan ke?

pemanggil: terus diam di talian......

saya: erm..belajarlah utk lebih mahir berkomunikasi

pemanggil: memberi salam dan meletakkan telefon

saya: terus terdiam~ erm..

setiap hari ada saja persatuan pelajar kolej dan universiti yg dtg ke sini memohon bantuan peruntukan program mereka...dan saya sudah semestinya tidak mampu mengingati semua.
namun, kehadiran pelajar kolej ini..seawal pertemuan telah membibitkan rasa jengkel dihati saya...dengan cara mereka. maaf bukan mahu prejudis....namun kamu mempamerkan itulah level KOLEJ kamu itu...
apakah begitu susah mahu menuturkan salam, memperkenalkan diri, bercakap dgn tone yg rendah....
saya terus bertanyakan dgn receptionist...student kolej.....ni tadi ckp ok ke?
jawapan receptionist: PR skills hancur..........
erm..entahla..manusiakan....
dan mungkin juga saya perempuan yg BANYAK RAGAM, cerewet etc..etc.........

Pesan Pada Diri

Laila Mazni Ismail

: Orang yang berjiwa besar adalah
orang yang mempunyai kewibawaan tetapi tidak
S.O.M.B.O.N.G

sedangkan orang yang berjiwa kecil
adalah orang yang sombong tetapi tidak
mempunyai kewibawaan

Monday, April 5, 2010

Undangan Perkahwinan: Laila & Azri

Tarikh: 1 Mei 2010(Sabtu)
Alamat:
Lot 9688, Lorong Sekolah 2,
Kampung Expo,
Kamunting, Perak


Dikesempatan ini
saya menjemput semua sahabat-sahabat yang
mengenali saya sama ada secara langsung mahupun
secara maya semata-mata @___@
untuk menghadiri majlis perkahwinan
kakak saya.

Laila Mawani Ismail & Mohd Azri Abdul Wahid