Thursday, December 31, 2009

2.0.0.9

Syukur....
Masih mampu bernafas di atas bumi Allah ini

Syukur...
Masih punya keluarga yang melengkapi

Syukur..
Masih punya sahabat,teman,rakan dan taulan dlm hidup ini

Syukur...
Masih bisa senyum seceria ini =)

Syukur....
Masih punya waktu untuk kembali mengenal diri

Syukur....
Kerana di uji ketika ini... ^_^

Syukur.....
Alhamdulilah...melangkah ke tahun 2010..dengan kesihatan yang dikurniakan...dengan azam juga tekad..
(moga terus tabah,terus kuat: saya tidak sehebat sesiapa....tapi saya tahu...setiap manusia dilahirkan cukup sempurna..cukup hebat....akan saya cari ruang juga peluang..utk kembali meneroka kehebatan diri)

Tuesday, December 29, 2009

~w.a.h.a.i d.i.r.i~

terbang bebaslah wahai diri
biar melayang
jangan terjatuh

terbang bebaslah wahai diri
biar tinggi
terbit senyummu

terbang bebaslah wahai diri
bebaskan dirimu
dari cerita berlagu pilu

Thursday, December 24, 2009

S.A.Y.A



Ingin hati yang lurus

Wednesday, December 23, 2009

noktah~

saya cuba menoktahkah hati saya
noktah agar ia tidak rapuh
noktah agar ia tidak rimas
noktah agar ia tidak kesal
noktah agar ia tidak kecewa
noktah agar ia tidak sakit

namun
rupanya saya membuatkan ia:
amat rapuh
amat rimas
amat kesal
amat kecewa
amat sakit

Sunday, October 25, 2009

::T.E.R.B.A.N.G::

rasa nak terbang tinggi-tinggi
sembunyi balik awan
biar tak rasa sunyi
sebab bertemankan matahari,hujan juga bulan

rasa nak terbang tinggi-tinggi
biar sampai puas hati
biar jumpa kawan-kawan
yang jauh dimata dekat dihati

rasa nak terbang tinggi-tinggi
nak cari pelangi
biar ada yang dengki
janji tak sakit hati

rasa nak terbang tinggi-tinggi
mencari diri ini
yang dah hilang berkali-kali
tapi tak pernah sedar diri

rasa nak terbang tinggi-tinggi
petik bintang dilangit
tapi, masih kat bawah ini
duduk tepi kali
adeh~ rupa-rupanya semua ini mimpi

Saturday, October 24, 2009

::B.E.R.L.A.R.I::

ingin benar saya berlari
terus berlari
menuju kembali
tempat yang penuh memori

ingin benar saya berlari
berlari pada situasi
yang gembira tidak terperi

ingin benar saya berlari
berlari mengejar pelangi
tapi saya pasti
tidak akan temui

Monday, September 28, 2009

KETETAPAN HATI

Saya sudah terlalu penat untuk terus mengejar
Saya sudah terlalu jemu untuk beralah
Saya juga sudah terlalu letih untuk berkata-kata
Kerana saya hanyalah seorang wanita yang cuba menahan air mata
Akhirnya saya: Noktah~

Sunday, September 20, 2009

Assalammualaikum
Syukur Alhamdulilah...telah selamat sebulan kita berpuasa...
Pelbagai cerita, memori serta pengalaman..
Saya optimis...
Buat sahabat
Bagi yang baru bergelar ibu, bergelar ayah,tunangan orang mahupun
baru 'bercouple' juga buat yang baru putus cinta
pasti punya cerita juga kenangan yang tersendiri
Perjalanan hidup ini kadangkala terlalu indah untuk diucapkan dengan kata-kata...
Kadangkala juga ia terlalu sukar untuk digambarkan dengan sebuah ceritA...

Buat Saya..
Syawal ini paling Indah....
Syukur ke hadrat Allah swt..
Tanggal 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430 Hijrah..
Genap saya 25 tahun...
Terima Kasih Tuhan..
Sesungguhnya rahmatmu amatlah besar..
Saya akur pada sebuah ketentuan...

Dikesempatan ini juga...
Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf buat
sahabat-sahabat saya semasa di Tadika Perpaduan Taman Jujur Seremban, Tadika Kemas Kg. Melayu Kluang, Sek. Keb. Kampung Melayu, Kluang, Sek. Keb. Kamunting, Perak, Sek. Men. Keb. Kamunting, Perak, Sek. Men. King Edward vii, Perak, Universiti Malaysia Terengganu, Telekom Malaysia Berhad, Taiping, Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Pejabat SUK Perak, dan sesiapa juga yang mengenali diri ini...


Buat fariza, terima kasih ya..untuk ingatan kad ini.....

Wednesday, September 16, 2009

~saman~

aduh~~
dipenghujung ramadhan ini...
satu perkabaran dari abah...
satu surat saman dilayangkan pada saya...
sebabnya tidak mengikuti had laju jalan persekutuan..
aaaa RM300 tu....

erm.. baru saya teringat..ketika pulang dari kelantan
melalui laluan Gerik-Kuala Kangsar
bagi yang pernah melalui jalan ini pasti dapat membayangkan
sebatang jalan raya yang lebar dan sunyi
tak banyak kenderaan
mana mungkin kita hanya bawa 90 jer...
adeh...
saya juga begitu...

tapi apakan daya..
undang-undang..tetap undang-undang...
waaaa..tak suka tau... dah la nak raya....

Sunday, September 13, 2009

~sentap~

erm..sedih rasa..
sudah lama tidak bertamu disini...
hari ini...
punya sedikit waktu..
untuk melihat..dan membaca..
kalau-kalau ada yang sudi meninggalkan kata-kata....

masih ada rupanya...
hati...
sedikit berbunga...
terima kasih buat encik ady juga kak ziela...

namun...
hati ini sedikit terluka...
di shout mix..
ada kata-kata..

saya sedar, juga tahu..
blog ini tidak secantik mana..juga tidak ada apa-apa...
malahan tidak lawa..

namun, mengapa perlu dihina juga dicerca...
dengan kata-kata nista..
lantas tersentap hati saya..

siapakan kamu??
kenalkah kita??
adakah saya punya salah dengan kamu...

KAMU AMAT HINA...
BERKATA-KATA, TAPI TIDAK BERANI BERSUA MUKA...

Saturday, August 8, 2009

~permata hati~

Hampir 2 minggu saya simpan entry ini
Mujur masih kekal ingat


Semasa di Kelantan beberapa SMS saya terima
Jemputan menziarah sahabat..
Amat teruja saya
Mereka kini sudah ada si kecil
Bergelar ANAK..
TAHNIAH BUAT KALIAN

Pn Effy Haryanti & Suami
Tahniah buat anda
Ahmad Hanif Sufyan permata hati pertama mereka

Pn Nur Farah Zulkefli & Suami
Tahniah buat anda
Atas kelahiran anakanda kedua
Kairyna Aisha

Pn Nor Fariza & Suami
Tahniah buat anda
Amir Adlan Pinto permata hati pertama
Lahir bersama satu keajaiban
Amat jelas kalimah ALLAH di telinga kiri Amir

Syukur Alhamdulilah, amat teruja saya menziarah sahabat-sahabat ini, mereka ini adalah sahabat yang amat akrab dengan saya ketika zaman persekolahan. Seperti biasa, saya merasakan cepat benar rasanya masa. Apabila menatap bayi-bayi kecil ini terdetik dihati saya..sememangnya sudah terlalu lama saya meninggalkkan zaman persekolahan saya...zaman yang begitu banyak mengajar saya erti sebuah usaha..

ERm... saya juga sudah bergelar aunty..adeh~ Aunty Lai ;-)

Pesanku Pada Mereka
Anak-anak semua, semoga anak-anak membesar menjadi insan yang berguna..
buat Ibu dan Ayah juga pada Agama, Bangsa dan Negara...
Anak-anak Permata Hati Bonda
Moga anak-anak, cekal dan kuat hatimu..menempuh alam ini...
Sayangi dirimu..
Ingatlah Warisan Kamu

p/s: Erm.. ingin saya lampirkan entry ini dgn gambar-gambar permata hati mereka, malangnya baru saya sedar, saya tertinggal pendrive saya di pejabat(ketika ini saya di taiping)




Saturday, June 27, 2009

~berehat seketika~

saya..
akan menyepikan diri..
buat ke sekian kalinya....
:-)
3 minggu mungkin...
berada dikelantan...


sehingga bertemu lagi nanti
salam sayang buat semua....

Tuesday, June 9, 2009

~Berdegup Kencang Jantung Saya~

satu sms
dari adik di Taiping
katanya "angah ada rumuors katanya sat lagi kat sini pukul 8 ada darurat~
dari berdiri ~ saya terduduk
erm...
berita pagi tadi tentang pembunuhan tragik lelaki india
di siber cafe hadapan stesen bas kamunting raya
katanya melibatkan antara dua kaum
16 orang terlibat
ada yang terbunuh
dan putus tangannya
Saya cuma ingat satu berita biasa
rupanya mencetuskan perkauman
aduh~ rasa seperti mahu pulang saat ini...
berdebar sungguh dada saya..

Wednesday, June 3, 2009

~dilamun cinta~ wink~wink

'housemate' saya di lamun cinta
cerianya hari dia
setiap hari: paginya dengan senyuman
pulang dari kerja juga dengan senyuman..
keluh kesahnya dek kerja lebih masa juga sudah tiada..
indah benar perasaan dia
saya turut terasa tempiasnya.. (hehehe)
sebab aura positif berada disekeliling dia..
penuh ceria
penuh tawa
Moga dia akan terus gembira
Moga dia akan perolehi cintanya
Moga dia temui apa yang dinamakan cinta
erm.. teringat dengan kata-kata:
seorang lelaki mampu memberikan semanis-manis kehidupan
dan
mampu memberikan sepahit-pahit tindakan
seorang wanita mampu memberikan semanis-manis percintaan
dan
mampu memberikan sebosan-bosan perasaan

Tuesday, June 2, 2009

...:::maafkan saya:::..

saya cuba bertindak agar menjadi lebih peka..
peka pada angka
erm.. acapkali benar saya terlupa
lupa pada kata-kata ' selamat hari lahir'
buat sahabat, teman juga mereka...
Aduh~ saya benar-benar tidak sengaja...
maafkan saya semua...
saya memang tidak pernah minat pada angka..
(alasan ini bukan dicipta)

Tuesday, May 26, 2009

Ayam Kampung vs Ayam Daging

Saya tertarik apabila mendengar perbualan antara seorang wanita yang bergelar ibu dengan seorang lelaki yang bergelar ayah.. Wanita ini agak berang apabila mengenangkan satu-satunya anak lelaki dia dan jawapan dari lelaki ini membuatkan saya berfikir... Katanya:
Cuba ingat kembali bagaimana didikan ibu ayah dulu..
Kita ibarat ayam kampung..
Lepas bebas bermain di tanah..
Tapi apabila senja pun datang..
Ayam Kampung akan pulang ke reban...
Dan Sekarang..
Anak-anak ini tak ubah seperti Ayam Daging..
Cukup waktunya kita berikan makan..
Kita berikan pelbagai kemudahan agar ia besar dan sihat
Tapi..
Ayam Daging tak cukup kuat...
Semangatnya Lemah..
Jerit Sekalipun boleh mati...
Andai di letak ke tanah ia tak tahu nak lari...

Monday, May 25, 2009

Bandung @ Jakarta

Berkesempatan menjejakkan kaki ke Indonesia amat meninggalkan kesan di hati saya.. saya bertolak seawal pagi ke LCCT dan sampai di Lapangan Terbang Cengkareng, Indonesia lebih kurang jam 9 pagi waktu Malaysia... perasaan saya ketika itu(monolog dlm diri-ermm bertuahnya berada di Malaysia).Kami terus dibawa untuk menikmati sarapan pagi di restoran makanan sunda...hehehe pada ketika ini nafsu makan saya begitu ~membuak-buak~ (rasa kalau ada audition jalan-jalan cari makan saya mesti terpilih).

Usai bersarapan rombongan kami meneruskan perjalanan ke Puncak destinasi pertama persingahan kami. Saya dimaklumkan Puncak ini tak ubah seperti Cameron Highlands di Malaysia.. :-) Gambar di bawah ini mungkin mampu menceritakan persamaannya. Kelihatan beberapa org pekerja sedang memetik daun teh dan suhu disini juga agak sejuk.





Kami singah disini untuk makan tengah hari dan bersolat. Sewaktu makan tengahari buat pertama kalinya saya makan ikan kaloi sweet sour.. Alamak~ sebelum ni saya tahu ikan siakap,kerapu dan bawal je yg dibuat sweet sour. erm.. Tapi kira ok la.. kemudiannya kami juga dihidangkan dengan sate.. dekat sini 'glomor' tau sate kelinci(arnab) tapi pada saya 'best' lagi sate kajang haji samuri heeheee... Sewaktu menuruni Puncak kami melalui daerah Cianjur yang amat menyenangkan mata memandang, kelihatan terbentang luas sawah padi yang masih diusahakan secara tradisional(padi-padi ini juga turut ditanam dilereng bukit). Di daerah ini juga merupakan kawasan pilihan pemimpin-pemimpin besar Indonesia utk berehat. Saya di maklumkan terdapat sebuah banglo khas yg dibina bagi kemudahan Presiden Indonesia berehat dan menenangkan fikiran. Perjalanan diteruskan, saya cuba bertahan dari tidor..malangnya~ gagal...(monolog dlm diri-tak sukanyerr)
Hampir lewat petang kami menuju ke Rumah Mode, tempat ini merupakan antara outlet yang menawarkan harga yg berpatutan bagi pakaian yang berjenama (mood: teruja). Selesai 'berjuang', saya begitu tertarik dengan ais kacang yang dijual di depan Rumah Mode ini, unik tau...kalau kita di Malaysia dah gunakan mesin utk mengisar ais..disini masih menggunakan cara lama...

Ini la rupa ais kacang di depan rumah mode...sedap tau

Lewat petang, hari pertama di Bandung sebelum 'check in' di hotel kami menikmati juadah makan malam di restoran dapur sengkuriang..dan buat pertama kalinya juga.. saya makan sup ikan talapia hitam... (monolog dlm diri-boleh ea ikan darat buat sup). Selesai makan kami terus ke Hotel Aston Tropicana meluruskan urat-urat yg telah tegang kerana seharian berjalan dan 'berjuang'. Keesokkan harinya kami ke pasar baru, kawan2 dekat sini anda boleh membeli telekung, baju kebaya sulam, kain ela sulam, lace pengantin dengan kualiti yang amat-amat baik dengan harga yg tak mungkin anda dapat di Malaysia(monolog dlm diri- nak kawen nanti kene datang sini beli barang2 ni ahaks~). Dari pasar baru kami ke tempat menjual barangan kulit dan ada beberapa tempat lagi yg telah saya lupa namanya :-)

erm..tiap kali turun dari bas mahupun sewaktu mahu menaiki bas kami sentiasa 'diburu' oleh ibu-ibu yang membawa anak kecil..setiap kali diberikan kepada seorang maka akan datang lebih ramai lagi. Hmm...sedih.. tapi pemandu pelancong saya maklumkan anak-anak yg dikendong itu ada juga merupakan anak yg disewa...

setelah 2 hari di Bandung 'berjuang' kami kembali semula ke Jakarta.. aduh~ bandar ini amat-amat sesak..padat,erm.. dan sedikit tercemar....(monolog dlm diri-air sungai disini hitam pekat,statik~ermm mujur sungai klang tak jadi macam ni). Walau bagaimanapun saya tidak menafikan disini merupakan syurga membeli belah baik di Tanah Abang mahupun di Mangga Dua.. harga yg ditawarkan utk kain lace, telekung, barangan kulit amat-amat realistik dan mampu milik.

Keadaan di Indonesia amat-amat mencabar, pada saya di sana para pekerjanya perlu bersaing sesama sendiri dan perlu sentiasa menunjukkan yg terbaik kerana dengan jumlah penduduk yg ramai mereka berlumba-lumba merebut peluang pekerjaan. Bayangkan untuk menjadi seorang pemandu bas yg mempunyai 'air cond' mereka perlu mempunyai ijazah.. sedangkan kita di Malaysia..?? Terlalu banyak sebenarnya yg ingin saya kongsi... tapi saya tidak mahu menjadikan entri ini terlalu panjang dan membosankan.. Walau bagaimanapun berada di sana saya amat bersyukur kerana bergelar rakyat Malaysia...




Monday, April 13, 2009

wah~

lama benar rasanya tak menulis apa-apa kat sini...
hari ni hari pertama saya masuk semula ofis...
hehehe..rasa macam dah berbulan2 tak masuk ofis...

lepas pilihanraya bukit gantang hari selasa hari tu... saya terus bercuti panjang...
letih sebenarmya..(dan sedih)
erm...
hari ni pagi-pagi dah terima call...kena siapakan laporan bukit gantang..
pukul 11pagi dato rusnah nak datang ambil..
ada post mortem kat k.l...
(alhamdulilah dah siap semuanya)

agenda seterusnya...
saya harus kemas balik bilik saya yang dah macam tongkang pecah...
adeh~~serabuT!!!

nanti saya tulis panjang-panjang ya...
dengan mood baru..
tengah ceria mungkin... ;-)
entah la... nanti saya ceritakan..

Thursday, March 5, 2009

..untuk sahabat...

sahabat-sahabat semua.. ampunkan saya, sudah lama tidak bertamu di sini...ceritakan tentang apa-apa sahaja kisah saya... dan sudah terlalu lama juga saya tidak bertamu membaca kisah-kisah kalian...

sahabat..
tika ini saya hanya punya waktu untuk kerja, kerja dan kerja..
pulang ke rumah hanya untuk tido, mandi...pulang juga ketika rumah telah gelap dan sahabat yang lain sudah lena dgn tidornya...

sahabat...
moga nanti setelah semuanya selesai..
saya akan mampu mengarang kisah saya kembali..
bercerita tentang apa jua yg saya rasa... ^_^
pengalaman saya sepanjang bertugas di "waktu" ini
adeh~ kepalaku berat bangat~...
tapi ia menyeronokkan buat saya...
letih tidak sekali.. sebab saya happy..~WINK~ WINK~

Friday, February 6, 2009

~ Percaturan Politik~

Perkembangan politik semasa Perak ketika ini mengambarkan satu kedinamikan politik yang wujud. Sepanjang beberapa minggu ini, pelbagai peristiwa, cerita dan ketetapan yang di ambil mengundang rasa marah, terkejut, kecewa, sedih, malahan gembira juga ada..dan sepanjang waktu itu juga waktu kerja saya juga turut tidak menentu...suasana di pejabat juga terang menerang...pelbagai lapisan masyarakat keluar masuk pejabat semata-mata untuk mendapatkan perkembangan terkini turut kelihatan juga para wartawan. yang seolah-olah berkampung di pejabat ini..cuma saya sedikit rasa cuak apabila terdapat beberapa buah helikopter terbang rendah...kenderaaan FRU, POLIS yang sentiasa berada di simpang jalan dan turut kelihatan juga beberapa orang berpakaian tentera disepanjang jalan pejabat ini...(saya teringatkan cerita P.Ramle..Sarjan Hassan..Ya Allah, moga ia tidak seperti itu)
Untuk pengetahuan sahabat pembaca sekalian, kedudukan pejabat saya adalah 50meter dari kediaman rasmi Menteri Besar dan lebih kurang 100meter dari Istana Kinta... maknanya..laluan pejabat ini merupakan laluan utama..

Semalam, pulang dari pejabat jam 8.30malam hati saya teringgin untuk melihat sendiri apakah yang berlaku di luar sana kerana di pejabat saya juga turut ditingkatkan kawalan keselamatannya.. Maka bermulalah perjalanan saya keluar dari pejabat pada jam 8.30mlm saya melalui Istana Kinta, terdapat beberapa buah kereta POLIS dan beberapa orang anggotanya berkawal di Istana Kinta..seterusnya saya melalui Padang Polo untuk ke Greentown, kemudiannya meneruskan perjalanan untuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan(Pejabat SUK). Sampai di bangunan SUK..suasananya gelap gelita tidak ada langsung cahaya dari dalam bangunan. Pintu pagar utamanya di kawal ketat oleh anggota POLIS...untuk pulang ke rumah saya, saya melalui bulatan kediaman Menteri Besar, Ya Allah, jalannya sesak teruk, banyak kereta di letakkan di sepanjang bahu jalan(saya kagum dengan penyokong YB Dato' Nizar atas semangat mereka, saya tidak boleh menidakkan perkara itu)...bayangkan mereka sanggup berjalan kaki bersama isteri dan anak kecil semata-mata untuk berjumpa ketua mereka..kereta mereka di letakan sekitar hotel Heritage..pada perkiraan saya jaraknya agak jauh... menjenguk ke dalam kediaman Menteri Besar, terdapat beberapa buah khemah dan begitu padat dengan penyokong-penyokong. Perasaan saya hiba..melihat orang Melayu Islam berkumpul..

Tapi apakan daya, kita tidak mahu boneka..hanya mengikut arahan pemainnya..sedang diri kita si tuan tanah seolah penumpang... Moga dengan apa yang berlaku ini juga menjadi pengajaran dan memimpin kesedaran di kalangan wakil rakyat Barisan Nasional dan UMNO khasnya..Moga hujan lebat sejak 2-3 hari ini adalah lambang rahmat dan keberkatan di Bumi Perak..

Terkesan di hatinya saya dengan kata-kata YB Dato' Dr Zahid Hamidi kepada YB Dato' Dr Zambry ketika perbualan telefon yang disiarkan secara langsung semalam..pesan YB Dato Zahid.."ingatla..apa yang berlaku ini merupakan pengajaran yang baik dalam kesedaran..."




Thursday, January 22, 2009

~ rupanya saya berkecil hati ~

dah agak lama perkara nie..
ketika majlis sahabat baik saya...
usai majlis...
saya balik...diam tak terkata...
erm...
bertemu dgn dia... saya rasa kurang selesa...
begitu juga andai berYM..
seboleh mungkin saya tidak mahu ketemu dia...

hari ini...
baru saya nyatakan pada dia...
saya amat berkecil hati...
ketika majlis perkahwinan dia...
tapi seperti biasa...
rajuk saya...
kecil hati saya..
akan turut surut mengikut masa....




Monday, January 19, 2009

~ibu kucing~

Tadi..saya ikut bed...pergi ke belakang rumah... bagi anak kucing yg baru pandai jalan makan... wah~garang sungguh si ibu kucing ya... Sebelum ni saya tidak pernahpun terlibat secara langsung memberi makan kepada kucing liar.. ^_^ saya jenis yang takut kucing.. ahaks~

erm..tapi..hati saya sedikit terkesan~
si ibu membiarkan anak-anak itu makan dulu...
sedangkan dia hanya menelan air liur (sayu rasa hati)
anak-anak itu makan dengan lahap..
habis kesemua makanan yang kami bagi..
yang tinggal hanya tulang ikan semata-mata...

ibu kucing terus mendapatkan tulang ikan tu..
menjilat-jilat...
wah~ gugur satu titik air mata saya...

erm..teringat mama di Taiping...

Friday, January 16, 2009

~ kata-kata ~

Kata-kata ini saya petik dari Utusan Malaysia
12 Januari 2009

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga segar
Ia beri kaktus berduri
Aku minta kupu-kupu diberinyaNya ulat berbulu...
Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian,
kaktus itu berbunga indah sekali,
dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik...

Itulah jalan Tuhan..Indah pada masaNYa..

Tuhan tidak akan memberi apa yang kita harapkan..
Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan...
Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka..
Tapi jauh di atas..
segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...

Tuesday, January 6, 2009

Monday, January 5, 2009

~ gembira ~


hari ni perasaan saya hebat...
saya gembira












Saturday, January 3, 2009

~ nasi minyak ~

apakah?? ramai yang bertanyakan kepada saya.. "wah lai!! sudah terbawa nasi minyak ni"
erkk.. musykil sekejap..nasi minyak sayakah??erm.. sahabat-sahabat semua.. macam mana boleh berbau nasi minyak sedangkan menumis juga belum...barang-barangpun masih tiada senarainya...

adeh~ letih menjawab SMS..saya kira kawan-kawan lain yang ingin menamatkan zaman bujang mereka..tapi tempiasnya ke arah saya.. ;-)

Friday, January 2, 2009

~ terlewat ~

Selamat Tahun Baru 2009
buat semua sahabat di blog ini..
buat cikgu-cikgi...
terima kasih daun keladi...
kalau saya tak tahu apa-apa lagi..
izinkan saya bertanya lagi ya..