Saturday, June 27, 2009

~berehat seketika~

saya..
akan menyepikan diri..
buat ke sekian kalinya....
:-)
3 minggu mungkin...
berada dikelantan...


sehingga bertemu lagi nanti
salam sayang buat semua....

Tuesday, June 9, 2009

~Berdegup Kencang Jantung Saya~

satu sms
dari adik di Taiping
katanya "angah ada rumuors katanya sat lagi kat sini pukul 8 ada darurat~
dari berdiri ~ saya terduduk
erm...
berita pagi tadi tentang pembunuhan tragik lelaki india
di siber cafe hadapan stesen bas kamunting raya
katanya melibatkan antara dua kaum
16 orang terlibat
ada yang terbunuh
dan putus tangannya
Saya cuma ingat satu berita biasa
rupanya mencetuskan perkauman
aduh~ rasa seperti mahu pulang saat ini...
berdebar sungguh dada saya..

Wednesday, June 3, 2009

~dilamun cinta~ wink~wink

'housemate' saya di lamun cinta
cerianya hari dia
setiap hari: paginya dengan senyuman
pulang dari kerja juga dengan senyuman..
keluh kesahnya dek kerja lebih masa juga sudah tiada..
indah benar perasaan dia
saya turut terasa tempiasnya.. (hehehe)
sebab aura positif berada disekeliling dia..
penuh ceria
penuh tawa
Moga dia akan terus gembira
Moga dia akan perolehi cintanya
Moga dia temui apa yang dinamakan cinta
erm.. teringat dengan kata-kata:
seorang lelaki mampu memberikan semanis-manis kehidupan
dan
mampu memberikan sepahit-pahit tindakan
seorang wanita mampu memberikan semanis-manis percintaan
dan
mampu memberikan sebosan-bosan perasaan

Tuesday, June 2, 2009

...:::maafkan saya:::..

saya cuba bertindak agar menjadi lebih peka..
peka pada angka
erm.. acapkali benar saya terlupa
lupa pada kata-kata ' selamat hari lahir'
buat sahabat, teman juga mereka...
Aduh~ saya benar-benar tidak sengaja...
maafkan saya semua...
saya memang tidak pernah minat pada angka..
(alasan ini bukan dicipta)