Tuesday, May 26, 2009

Ayam Kampung vs Ayam Daging

Saya tertarik apabila mendengar perbualan antara seorang wanita yang bergelar ibu dengan seorang lelaki yang bergelar ayah.. Wanita ini agak berang apabila mengenangkan satu-satunya anak lelaki dia dan jawapan dari lelaki ini membuatkan saya berfikir... Katanya:
Cuba ingat kembali bagaimana didikan ibu ayah dulu..
Kita ibarat ayam kampung..
Lepas bebas bermain di tanah..
Tapi apabila senja pun datang..
Ayam Kampung akan pulang ke reban...
Dan Sekarang..
Anak-anak ini tak ubah seperti Ayam Daging..
Cukup waktunya kita berikan makan..
Kita berikan pelbagai kemudahan agar ia besar dan sihat
Tapi..
Ayam Daging tak cukup kuat...
Semangatnya Lemah..
Jerit Sekalipun boleh mati...
Andai di letak ke tanah ia tak tahu nak lari...

Monday, May 25, 2009

Bandung @ Jakarta

Berkesempatan menjejakkan kaki ke Indonesia amat meninggalkan kesan di hati saya.. saya bertolak seawal pagi ke LCCT dan sampai di Lapangan Terbang Cengkareng, Indonesia lebih kurang jam 9 pagi waktu Malaysia... perasaan saya ketika itu(monolog dlm diri-ermm bertuahnya berada di Malaysia).Kami terus dibawa untuk menikmati sarapan pagi di restoran makanan sunda...hehehe pada ketika ini nafsu makan saya begitu ~membuak-buak~ (rasa kalau ada audition jalan-jalan cari makan saya mesti terpilih).

Usai bersarapan rombongan kami meneruskan perjalanan ke Puncak destinasi pertama persingahan kami. Saya dimaklumkan Puncak ini tak ubah seperti Cameron Highlands di Malaysia.. :-) Gambar di bawah ini mungkin mampu menceritakan persamaannya. Kelihatan beberapa org pekerja sedang memetik daun teh dan suhu disini juga agak sejuk.





Kami singah disini untuk makan tengah hari dan bersolat. Sewaktu makan tengahari buat pertama kalinya saya makan ikan kaloi sweet sour.. Alamak~ sebelum ni saya tahu ikan siakap,kerapu dan bawal je yg dibuat sweet sour. erm.. Tapi kira ok la.. kemudiannya kami juga dihidangkan dengan sate.. dekat sini 'glomor' tau sate kelinci(arnab) tapi pada saya 'best' lagi sate kajang haji samuri heeheee... Sewaktu menuruni Puncak kami melalui daerah Cianjur yang amat menyenangkan mata memandang, kelihatan terbentang luas sawah padi yang masih diusahakan secara tradisional(padi-padi ini juga turut ditanam dilereng bukit). Di daerah ini juga merupakan kawasan pilihan pemimpin-pemimpin besar Indonesia utk berehat. Saya di maklumkan terdapat sebuah banglo khas yg dibina bagi kemudahan Presiden Indonesia berehat dan menenangkan fikiran. Perjalanan diteruskan, saya cuba bertahan dari tidor..malangnya~ gagal...(monolog dlm diri-tak sukanyerr)
Hampir lewat petang kami menuju ke Rumah Mode, tempat ini merupakan antara outlet yang menawarkan harga yg berpatutan bagi pakaian yang berjenama (mood: teruja). Selesai 'berjuang', saya begitu tertarik dengan ais kacang yang dijual di depan Rumah Mode ini, unik tau...kalau kita di Malaysia dah gunakan mesin utk mengisar ais..disini masih menggunakan cara lama...

Ini la rupa ais kacang di depan rumah mode...sedap tau

Lewat petang, hari pertama di Bandung sebelum 'check in' di hotel kami menikmati juadah makan malam di restoran dapur sengkuriang..dan buat pertama kalinya juga.. saya makan sup ikan talapia hitam... (monolog dlm diri-boleh ea ikan darat buat sup). Selesai makan kami terus ke Hotel Aston Tropicana meluruskan urat-urat yg telah tegang kerana seharian berjalan dan 'berjuang'. Keesokkan harinya kami ke pasar baru, kawan2 dekat sini anda boleh membeli telekung, baju kebaya sulam, kain ela sulam, lace pengantin dengan kualiti yang amat-amat baik dengan harga yg tak mungkin anda dapat di Malaysia(monolog dlm diri- nak kawen nanti kene datang sini beli barang2 ni ahaks~). Dari pasar baru kami ke tempat menjual barangan kulit dan ada beberapa tempat lagi yg telah saya lupa namanya :-)

erm..tiap kali turun dari bas mahupun sewaktu mahu menaiki bas kami sentiasa 'diburu' oleh ibu-ibu yang membawa anak kecil..setiap kali diberikan kepada seorang maka akan datang lebih ramai lagi. Hmm...sedih.. tapi pemandu pelancong saya maklumkan anak-anak yg dikendong itu ada juga merupakan anak yg disewa...

setelah 2 hari di Bandung 'berjuang' kami kembali semula ke Jakarta.. aduh~ bandar ini amat-amat sesak..padat,erm.. dan sedikit tercemar....(monolog dlm diri-air sungai disini hitam pekat,statik~ermm mujur sungai klang tak jadi macam ni). Walau bagaimanapun saya tidak menafikan disini merupakan syurga membeli belah baik di Tanah Abang mahupun di Mangga Dua.. harga yg ditawarkan utk kain lace, telekung, barangan kulit amat-amat realistik dan mampu milik.

Keadaan di Indonesia amat-amat mencabar, pada saya di sana para pekerjanya perlu bersaing sesama sendiri dan perlu sentiasa menunjukkan yg terbaik kerana dengan jumlah penduduk yg ramai mereka berlumba-lumba merebut peluang pekerjaan. Bayangkan untuk menjadi seorang pemandu bas yg mempunyai 'air cond' mereka perlu mempunyai ijazah.. sedangkan kita di Malaysia..?? Terlalu banyak sebenarnya yg ingin saya kongsi... tapi saya tidak mahu menjadikan entri ini terlalu panjang dan membosankan.. Walau bagaimanapun berada di sana saya amat bersyukur kerana bergelar rakyat Malaysia...