Sunday, May 16, 2010

Katanya: Cita-Cita Nak Jadi Cikgu

Teringat dulu
Tiap kali sambutan Hari Guru
Teruja benar saya
Hingga memasang angan-angan juga impian
"AKU NAK JADI CIKGU NANTI"

Teringat juga,
Lagu Guru Malaysia - begitu teruja saya menghafalnya
sajak Usman Awang Guru O Guru
juga saya hafal...
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Dulu,
Kerjaya guru amat2 saya impikan

Dulu,
Sambutan Hari Guru saya pengacara majlisnya

Tapi itu semua dulu,
Kini semakin terhakis perasaan saya itu,
No. Pin KPLI dan DPLI yg dibeli oleh mama,
dipandang sepi oleh saya
Entahla...dulu, ada sekali dapat temuduga DPLi...
Tapi gagal...
Bukan kerana itu, saya kecewa...

Tapi saya percaya....
Ada sesuatu kerjaya utk saya
Insya'allah...

1 comment:

Aidy Shahiezad said...

insya-Allah.. mmg betul...