Saturday, March 27, 2010

ENTRY: Terilmiah

Baru pulang dari meting... Antara perkara yg diperbincangkan adalah berkaitan dgn sebuah program yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi anak Perak di sebuah resort di utara Perak.
Antara persoalan yag hebat diperbincangankan sepanjang meting awal pagi tadi berkisar tentang bagaimana mahasiswa & mahasiswi ini..menerima dan mengulas tentang pelbagai isu yg melingkari kehidupan mereka sama ada isu diperingkat nasional mahupun di Perak. Secara jujurnya, saya tidak terkejut dengan segala persoalan yg ditimbulkan oleh adik-adik itu. Kerana betapa hebatnya pengaruh "media baru" dalam hidup mereka menyebabkan mereka menganalisis sesuatu isu,merumuskan isu tersebut tanpa melihat dari pelbagai sumber lantas terus menghukum. (Segelintir daripada mereka)

Antara isu yg menarik minat saya adalah:
1. Apabila mereka menyatakan tentang equality(kesaksamaan)
2. Melihat 1Malaysia sebagai ancaman kepada perpaduan
3. Melihat betapa polemik politik kini menyebabkan mahasiswa semakin "lari"
4. 1Malaysia merupakan konsep Malaysian Malaysia yg dibawa oleh DAP
5. Mereka mahasiswa & mahasiswi yg tidak mahu lagi dimomokkan dgn isu pembangunan dan isu bantuan2 yg diberikan kerana mereka berpandangan mana-mana kerajaan yg memerintah sekalipun perkara-perkara berkaitan isu pembangunan dan kebajikan tetap akan dilaksanakan.

erm...seawal saya mendengar penjelasan dan kritikan-kritikan yg dilemparkan dalam fikiran saya....nun menerawang jauh.....memifikirkan..ketika usia saya menginjak 26 tahun ini dan adik-adik ini yg kebanyakkan berumur awal 20an..mereka sudah mempersoalkan tentang kesaksamaan, saya membayangkan apakah ketika usia saya 50 tahun nanti(insya'allah andai panjang umur) dan saya punya anak..apakah yg akan dituntut oleh mereka..apakah yg akan dipersoalkan oleh mereka...
mereka bukan lagi anak-anak yg perlu dimomokkan tentang kesusahan zaman penjajah..tentang keganasan komunis: benar! saya juga tidak merasa zaman itu semua....
lantas..benarlah...menuntut kemerdekaan itu jauh lebih mudah berbanding mengisi kemerdekaan ini.

No comments: