Tuesday, February 16, 2010

Mama: Rungsing ^_^

Cuti yang panjang, jalan yg sesak, cuaca yg panas...menjadikan saya amat malas utk bergerak keluar dari rumah...masa saya banyak dihabiskan di atas katil, didepan laptop juga di depan tv terpakunya saya....
oh..amat-amat indah sekali...tiada hal kerja yg perlu difikirkan..tiada masalah yg membelenggu di fikiran semua masa adalah milik saya.... =)
saya suka cuti kali ini...berehat sepuas-puasnya.....
namun....cara bercuti saya itu telah merungsingkan mama saya...hahahah~~ ampun ma' tak berniat....

mama: angah nie taknak keluar ke??
angah: isk..malas ler...panas tu...... jam lagi~~takde perasaan nak keluar....
mama: habis tu memerap mcm apa jer kat dlm bilik....
angah: home sweet home.... (sambil tersenyum)
mama: ~telah memulakan satu sesi syarahan panjang~
angah: aaaaaaaaaaaaaa~~ membidas tiap bait kata-kata
**sesi syarahan itu tdk dapat disiarkan disini... =)
kesimpulannya: jawapan2 dan bidasan saya telah membimbangkan mama saya.... ngeee ngeee

Sepeti biasa, kata mama kalau tak menjawab~ tak sah.....
kata saya, angah jawab penuh sopan dan beralaskan........ ;)

aihhh~ indah sebenarnya hidup berkeluarga.........
lantas, sayangilah keluarga......

Sunday, February 14, 2010

~titlenya..ku tak tahu~

bila dekat rasa jauh....
jauh berjalan banyak pandangan...
pandangan indah santapan mata
mata melirik mencari cahaya
cahaya kelam makin bersinar

telah jatuh berkali-kali
berkali bangun sekuat hati
sekuat hati tekadnya tinggi
tinggi-tinggi impian diri
impian diri bergunung usaha

toleh-toleh mengenang silam
silam buat jadi pedoman
pedoman hidup agar tak berulang
berulang silam buruk padahnya
buruk padah ciptaan diri
diri kerdil buta hatinya

Saturday, February 13, 2010

~KETIKA~

Ketika lidah fasih berkata redha
Ketika hati kembali pasrah
Ketika akal berbicara indah

Ketika sang rerama terbang rendah
Ketika musim bunga penuh warna
Ketika pelangi muncul bersinar
Ketika mentari menampakan cahaya
Ketika sang bulan penuh purnama

Wednesday, February 10, 2010

~kata-kata ini~

sebab awak kuat di luar
awak tnjukkan kekuatan awak pada orang luar
sedangkan sekuat mana awak awak tetap perempuan
awak masih wanita yg sensitif
yang lembut hati
yang jiwa nya halus
tapi tu semua awk terpaksa sembunyikan kat orang
sebab tu awak dah takde cara lain nak luahkan perasaaan kecuali menangis

**mai-- *touching* ok...........

B.E.R.S.A.L.A.H.K.A.H. S.A.Y.A

semakin cuba memahami
semakin sakit rupanya rasa hati
saya tidak mengawal semuanya apa yg kamu ada itu
cuma,
kerana saya lebih dulu berada disitu....
dan pernah berada disitu...
barangkali kerana itu
mereka mudah berbicara dgn saya

untuk kamu..
tidak ada apa yg perlu kamu cemburu...
saya tidak merampas apa2 dari kamu...
telah pelbagai dalih saya reka....
telah pelbagai alasan saya cipta...
bukan saya tak cuba
entah..

namun mereka tetap begitu
mencari saya..

Wednesday, February 3, 2010

~ketika amarahku membuak-buak~

hei kamu~
budak U'
jangan ingat tinggi benar darjat kamu....
biar dari mana datang kamu....
ceruk pelosok mana pun hadirnya kamu
kamu harus faham sesuatu:
1. kamu pekerja - jgn asyik mengomel, berlagak tak tentu hal

2. jgn hanya memohon org lain utk faham diri kamu sedang kamu..
asyik2 tetap begitu dgn kata2 - well i memang mcm nie~~~
i dont care whats people said

3. apabila org lain cuba faham telatah kamu..menerima kekurangan diri kamu...
kamu harus belajar erti sopan dgn tutur kata......

4. jgn menuntut penerimaan org terhadap kamu,
sedang kamu tidak langsung menunjukkan perubahan di atas segala teguran

5. moga org tak jelak dgn kamu....(termasuk saya)

T.E.R.F.I.K.I.R

entry kali ini sekadar pandangan peribadi....
bukannya bertujuan utk menyalahkan takdir...
cuma..tiba-tiba terfikir...
tercetus idea utk difikirkan bersama2


Sahabat diluar sana..
Pernah tidak kalian mengalaminya....
Ketika kamu benar2 mengharap akan sesuatu itu...
Kamu tunggu terlalu lama...begitu mengharap
Namun...
Kamu gagal mendapatkannya

Sehinggalah...
Terdetik dihati kecil....
Kata-kata seperti ini
"erm..tidak mengapalah...tiada rezeki"
"kalau ada...adalah...kalau tidak...tak mengapa
~oh..bukan jodohku~
*pasrah*

Situasi 1:
Seperti juga cinta
Ketika kamu begitu mengharap akan kehadiran seseorang..
Kamu harus tunggu terlalu lama...
Hinggakan...
Kamu *pasrah*
Namun
Apabila hati dan jiwa muda itu telah tenteram
Harus pula di uji dengan "PILIHAN"
Hadir 2 insan yg benar2 dekat dihati kamu
Dua insan yg sama baik
Hinggakan keliru

erm...perjuangan utk membuat pilihan
Disinilah "hati" akan memainkan peranan....."PILIHAN"

Situasi 2:
Begitu juga kerjaya
Ketika kita hampir putus asa
Mahu mengisi borang SPA ^_^ (contohnya)
Dan telah selesa di tempat lama
Hadir surat panggilan temuduga "PILIHAN"

Pandangan saya
Hidup ini memang sentiasa dipenuhi dengan PILIHAN

1. Dosa atau Pahala
2. Baik atau Buruk
3. Sihat atau Sakit
4. Jujur atau Penipu
5. Lembut atau Kasar