Monday, August 16, 2010

Makin Dewasa

Berjumpa dengan kawan-kawan lama ketika zaman persekolahan rendah dan menengah di FB merupakan satu perkara yg mengujakan saya :) seronok rasanya bertukar-tukar cerita dan pengalaman. Ramai rupanya yg sudah berumah tangga....ada juga yg sudah punya anak 3. hehehe..semakin terasa lanjut usia saya. dan ada juga katanya yg sudah bercerai erm....jodoh ketentuan dan ajal maut..semuanya kuasa yang Maha Esa, siapalah kita utk menidakkan semua perkara.

ermm..dalam berpasang-pasangan..kadang-kadang kita lihat..si isteri ni cantik sangat..sedangkan si suami..biasa-biasa shj.terlalu biasa sy kira.

dan kadang-kadang kita lihat..budak perempuan tu sosial sangat, tapi bersuamikan seorang lelaki yg pada kita alahai.....mcm ustaz-ustaz jer...

dan kadang-kadang kita tertanya-tanya...eh!! kenapa dia pilih lelaki tu...playboy besar tu....

ini mungkin sedikit situasi dr pandangan dan kaca mata saya sendiri

erm...kadang-kadang org yg kita nampak LURUS itu lebih bengkang bengkok dan bersimpang siur sebenarnya..

dan adakalanya...org yg kita nampak serabut, tu jauh lebih lurus dalam bercinta.

kadang-kadang kita prejudis, kita cakap Si A ni tak sesuai dgn Si B ni sbb....bla..bla..bla... kadang-kadang kita cakap mcm-mcm tentang org...

dan ada juga situasi yg mana si lelaki ni tak yakin dgn keputusan sendiri. wujudlah istilah sparepart...motif??entah..hanya lelaki yg boleh jawab soalan ni. dua-dua dia kata sayang..dua-dua diterima dgn hati terbuka..dua-dua dibawa jumpa keluarga....dua-dua di janjikan kebahagian..namun dia lupa.. diakhirnya nanti..akan ada satu hati yg terluka..

adakala kita labelkan...lelaki ni stok ustaz-ustaz..jadi pasangannya mesti begini-begini....
perempuan ni stok ustazah-ustazah..pasangannya mesti begini-begini.....
namun benarkah benar label ustaz dan ustazah itu??

sekadar utk renungan diri sendiri juga...kita tak sesempurna mana..sedang belajar dan pasti sentiasa harus belajar. ini soal jodoh, soal hati dan perasaan....serta kuasa Allah yg mengaturkan segala-galanya.....

Konsepnya, andai ditakdirkan itu jodohnya....terimalah dgn hati yg terbuka..dan andai bukan itu jodohnya lepaskan(buruk sangat kalau perempuan sama perempuan bergaduh sbb lelaki) ....sbb perancangan Allah itu lagi hebat dr perancangan manusia.

dan siapapun org tu..yg kita nampak mcm ustaz ke, ustazah ke, sosial ke serabut ke.......amalan kita tetap hanya Allah yg adil menilainya. Kita ni manusia biasa...tak lari dari kesilapan..jgn sampai jatuh tersungkur...


No comments: