Tuesday, April 27, 2010

Rumah Kecil

Rumah kecil
Hujung Padang
Sepi, sunyi rasa

Rumah Kecil
Atap Nipah
Penuh rasa juga ketawa

Rumah Kecil
Terang Cahaya
Nostalgia terbina tidak terkata

Rumah Kecil
Tangga Batu
Kukuh, kuat juga jitu

Sunday, April 25, 2010

Katakan dalam hati

Katakan dlm hati
Kamu bisa begini-begini sahaja

Katakan dlm hati
Kamu bisa senyum-senyum sahaja

Katakan dlm hati
Kamu insan biasa-biasa sahaja

Katakan dlm hati
Sunyi itu indah sekali

Katakan dalam hati
Ada sesetengah perkara hanya perlu simpan erat2 dlm hati

Tuesday, April 13, 2010

emo:emosi:emosional

sangat emo saya sekarang
lantaran emosi saya diganggu gugat
seluruh hari saya penuh dgn tindakan berpaksikan emosi semata
sungguh emosional saya

cepatlah berlalu
hari-hari emosi ini
saya sudah tidak mahu jadi begini
pegang itu tak kena
pegang ini tak kena
alih2 semua kerja terbengkalai sahaja

Friday, April 9, 2010

Pesan Pada Diri

Laila Mazni Ismail

: Orang yang berjiwa besar adalah
orang yang mempunyai kewibawaan tetapi tidak
S.O.M.B.O.N.G

sedangkan orang yang berjiwa kecil
adalah orang yang sombong tetapi tidak
mempunyai kewibawaan

Tuesday, March 30, 2010

Nak Cakap: tapi........

Tiada kata
Tak tahu nak mula dari mana
Alih-alih saya akan diam sahaja

jadi saya:
Diam jerlah
Tapi takmo...
Nak cakap-cakap
Nak cakap-cakap jugak~

Monday, March 29, 2010

Bila Rasa Tak Best: Saya Suka Baca Ni @>------

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur
Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap -
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak & mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong
Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik

Sunday, March 28, 2010

Alamak!! Bos~

Malam semalam: Kebosanan
Duduk dekat rumah tiba-tiba rasa nak chat pulak
Online =)
Nampak satu nama-eh! pejabat
Dlm hati terus kata: Nak nyakat kak shema la
(Kak shema ni bahagian It dekat pejabat- dia jaga semua email dan facebook)

dan agenda chat pun bermula

saya: assalammualaikummmmm
cik perhubungan ;)

perhubungan: w'salam
ye

saya: kkkaaakkkkkk sheeemmmaaaaa

perhubungan: bukan

saya: eh, saya silap org ek?
erm..ni siapa ya?
maaf

perhubungan: dato' k

saya: gelak2 hahahahahaha
dato k sitinurhaliza
kak shema ni buat lawak

perhubungan: betul...ni bos u la

saya: erm.....tipu
saya tahu..
ni kak shemakan...
kan?

perhubungan: kenapa tipu pulak

saya: ye..saya tahu..ni kak shema
kak shemakan...

perhubungan: cuti laila 29-30hb tu batal ya

saya: erkkkk!! kak shema jeles

perhubungan: cuba laila call shema

saya: confius (menung lama)

perhubungan: laila, malam esok jgn lupa ya..laila kena atend meting

saya: erk...ni confirm dato ke?

perhubungan: cuba laila call shema :)
........................................................................................................

terus call kak shema

laila: dgn kalut2nya~~ akak...akak ngaku ..akak tengah online kat facebookkan?

kakshema:tak.akak tengah tengok AF

laila:huk!! biar betul kak??

kakshema: betul, akak kan selalu online lewat malam..lailapun tahukan..

laila:matilah..matilah

kakshema: kenapa?

laila: jadi org tengah chat dgn sape nie

kakshema: dato khusairi la...

laila: gulp~

kakshema: hikhikhik

laila:gelak yea!!nanti la....confirm tu bukan akak ya....
kan akak yg jaga facebook ni

kakshema:memang akak jaga, tp msg dan chat hanya dato je yg boleh reply..

laila:mau pitam rasanya.ok kak
thanks ya

................................................................................................................................
sambung chat

saya: errr,dato ya....
maaf ya..salah org...saya ingat kak shema

perhubungan: mana laila tahu :)

saya: saya dh call kakshema

perhubungan: laila boleh cuti 29-30hb tu

saya: thanks dato

perhubungan: :) jgn lupa meeting esok

saya: ya....

laila mazni....haaaa padan muka..nawaitu dh tak betul..tu la..
niat nak nyakat kak shema awak yg kena nyakat...aish~~~
malupun ada...segan pun ada
mujur la tak keterlaluan lagi...
tapi bila kenang2 balik
mesti nak gelak~~
aishhh