Friday, February 6, 2009

~ Percaturan Politik~

Perkembangan politik semasa Perak ketika ini mengambarkan satu kedinamikan politik yang wujud. Sepanjang beberapa minggu ini, pelbagai peristiwa, cerita dan ketetapan yang di ambil mengundang rasa marah, terkejut, kecewa, sedih, malahan gembira juga ada..dan sepanjang waktu itu juga waktu kerja saya juga turut tidak menentu...suasana di pejabat juga terang menerang...pelbagai lapisan masyarakat keluar masuk pejabat semata-mata untuk mendapatkan perkembangan terkini turut kelihatan juga para wartawan. yang seolah-olah berkampung di pejabat ini..cuma saya sedikit rasa cuak apabila terdapat beberapa buah helikopter terbang rendah...kenderaaan FRU, POLIS yang sentiasa berada di simpang jalan dan turut kelihatan juga beberapa orang berpakaian tentera disepanjang jalan pejabat ini...(saya teringatkan cerita P.Ramle..Sarjan Hassan..Ya Allah, moga ia tidak seperti itu)
Untuk pengetahuan sahabat pembaca sekalian, kedudukan pejabat saya adalah 50meter dari kediaman rasmi Menteri Besar dan lebih kurang 100meter dari Istana Kinta... maknanya..laluan pejabat ini merupakan laluan utama..

Semalam, pulang dari pejabat jam 8.30malam hati saya teringgin untuk melihat sendiri apakah yang berlaku di luar sana kerana di pejabat saya juga turut ditingkatkan kawalan keselamatannya.. Maka bermulalah perjalanan saya keluar dari pejabat pada jam 8.30mlm saya melalui Istana Kinta, terdapat beberapa buah kereta POLIS dan beberapa orang anggotanya berkawal di Istana Kinta..seterusnya saya melalui Padang Polo untuk ke Greentown, kemudiannya meneruskan perjalanan untuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan(Pejabat SUK). Sampai di bangunan SUK..suasananya gelap gelita tidak ada langsung cahaya dari dalam bangunan. Pintu pagar utamanya di kawal ketat oleh anggota POLIS...untuk pulang ke rumah saya, saya melalui bulatan kediaman Menteri Besar, Ya Allah, jalannya sesak teruk, banyak kereta di letakkan di sepanjang bahu jalan(saya kagum dengan penyokong YB Dato' Nizar atas semangat mereka, saya tidak boleh menidakkan perkara itu)...bayangkan mereka sanggup berjalan kaki bersama isteri dan anak kecil semata-mata untuk berjumpa ketua mereka..kereta mereka di letakan sekitar hotel Heritage..pada perkiraan saya jaraknya agak jauh... menjenguk ke dalam kediaman Menteri Besar, terdapat beberapa buah khemah dan begitu padat dengan penyokong-penyokong. Perasaan saya hiba..melihat orang Melayu Islam berkumpul..

Tapi apakan daya, kita tidak mahu boneka..hanya mengikut arahan pemainnya..sedang diri kita si tuan tanah seolah penumpang... Moga dengan apa yang berlaku ini juga menjadi pengajaran dan memimpin kesedaran di kalangan wakil rakyat Barisan Nasional dan UMNO khasnya..Moga hujan lebat sejak 2-3 hari ini adalah lambang rahmat dan keberkatan di Bumi Perak..

Terkesan di hatinya saya dengan kata-kata YB Dato' Dr Zahid Hamidi kepada YB Dato' Dr Zambry ketika perbualan telefon yang disiarkan secara langsung semalam..pesan YB Dato Zahid.."ingatla..apa yang berlaku ini merupakan pengajaran yang baik dalam kesedaran..."




3 comments:

Nurulhuda said...

"ingatla..apa yang berlaku ini merupakan pengajaran yang baik dalam kesedaran..."

yeah!! bangun dan teruskan perjalanan itu dgn nawaitu yg satu...

Aidy Shahiezad said...

siapa pun yg memerintah, rakyat harus diutamakan terlebih dahulu...
andai rakyat tidak lagi menjadi matlamat utama, maka runtuhlah pemerintahan itu...

Are-Um said...

Pemerintah yg baik adalah pemerintah yg mengutamakan rakyatnya... Rakyat perlulah memilih pemimpin yg enar2 adil kerana ianya akan dipersoalkan kelak...Renungkan lah bersame